PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 1 BULAN
Trimester Pertama : 1 Bulan ( 1 - 4 minggu perkembangan bayi dalam kandungan)
Bayi
Setelah persenyawaan berlaku iaitu gabungan sperma dan telur, pembahagian sel bermula dalam rahim serta-merta untuk membentuk bayi dalam kandungan yang kecil. Sepanjang tempoh empat minggu pertama, ibu hamil tidak menyedari bahawa mereka telah hamil. Semua organ-organ utama bayi anda mula membangun pada masa ini termasuk uri, kantung amnion dan cecair amnion.Bayi mula membentuk dalam sel bebola dikenali sebagai morula dan blastosis kemudian untuk menempelkan pada lapisan dinding rahim. Proses penempelan bayi pada rahim mengambil masa hampir 10 hari selepas persenyawaan. Organ-organ utama seperti jantung, paru-paru dan saraf tunjang bayi anda mula membangun. Ia hanya mengambil masa 3 minggu lagi untuk berkembang sebelum jantung bayi anda mula mengepam darahnya.
Pada minggu ke-4, bayi anda dikenali sebagai embrio. Panjang janin lebih kurang 2mm.
Ibu
Setelah persenyawaan berlaku, badan anda mula melepaskan hormon progesteron dalam kuantiti yang tinggi supaya dapat mengelakkan haid dan juga bantu menstabilkan kandungan anda. Pada mulanya, hormon ini dihasilkan oleh ovari, tetapi rembesan hormon ini akan diambil alih oleh uri setelah ia telah matang.Lapisan rahim akan menebal dan juga bekalan darah juga meningkat. Serviks anda akan diselaputi oleh mukus. Rahim anda akan semakin membesar dan lembut untuk memudahkan proses penempelan bayi.
Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang anda mungkin mengalami seperti membuang air kencing kerap disebabkan kadar metabolik meningkat, keletihan, ketegangan payudara, pendarahan bertompok-tompok dan sebagainya. Pendarahan bertompok-tompok atau pendarahan ringan mungkin berlaku kira-kira 10-14 hari selepas persenyawaan (juga dikenali sebagai pendarahan penempelan). Tempoh pendarahan sangat singkat dan mungkin berakhir dalam 1 hari.
Dapatkan khidmat nasihat percuma berkenaan produk organik Shaklee
segera!
Hubungi Siti Hajar Ismail atau SMS / Whatsapp di talian 012-6963484.
Anda pengunjung bertuah? Ada sesuatu menanti anda..jangan lupa komen
ye!
EmoticonEmoticon